Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tengku Zafrul, kasi tekan butang i-Citra RM10,000 secepat mungkin'
Diterbitkan:  Nov 21, 2021 11:29 AM
Dikemaskini: 3:29 AM

Sebaik BN melakar kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, bekas perdana menteri Najib Razak tampil menggesa kerajaan persekutuan supaya merealisasikan pengeluaran wang sehingga RM10,000 melalui inisiatif i-Citra.

Najib memetik nama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya segera 'menekan butang' i-Citra RM10,000.

"Tengku Zafrul, kasi (sila) tekan butang i-Citra RM10,000 secepat mungkin," katanya ringkas dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu BN merekodkan kemenangan majoriti dua per tiga sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri Melaka dengan kemenangan di 21 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Sebagai rekod sebelum ini Najib memohon agar kerajaan menaikkan had maksimum pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada RM10,000, berbanding RM5,000.

Cadangan itu katanya bukan langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat pasca Covid-19.

"Saya mendapati ramai yang bersuara dan mendesak. Ini sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan ataupun berniat untuk mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil.

"Saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir, kerana ini amat dituntut oleh rakyat," katanya pada sesi perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS