Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rundingan PH-PSB masih berjalan - Anwar
Diterbitkan:  Nov 20, 2021 4:12 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Rundingan mengenai pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 masih berjalan.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rundingan itu kini dikendalikan oleh perwakilan PH negeri.

“Kami masih dalam rundingan… kami sentiasa percaya pembangkang mesti kekal bersatu.

“Sebagai parti baharu, mereka (PSB) juga harus munasabah untuk mendesak kerusi tertentu yang mereka rasa mempunyai asas yang kukuh untuk dituntut,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran jentera pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak di Kuching, hari ini.

Pada 8 Nov, Pemangku Pengerusi PKR Sarawak Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata gabungan itu akan meletakkan calonnya di 49 daripada 82 kerusi pada PRN12.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS