Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Khairy, Nga, Zahid dan Zuraida berkempen di hari mengundi
Diterbitkan:  Nov 20, 2021 1:06 PM
Dikemaskini: 7:40 AM
  • Dikemas kini dengan laporan berkenaan Ahmad Zahid Hamidi dan Zuraida Kamaruddin.

Beberapa ahli politik daripada PH, BN dan Perikatan Nasional (PN) dilihat melanggar larangan berkempen di hari mengundi, dengan memuat naik poster di media sosial hari ini yang menggesa pengundi menyokong parti mereka.

Seksyen 26 Akta Kesalahan Pilihan Raya menggariskan batasan di hari mengundi dan antara lain melarang membuat sebarang bentuk kenyataan kempen di hari tersebut.

Walaupun tidak merujuk poster itu secara langsung, Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom memberitahu Malaysiakini bahawa undang-undang menyatakan "tiada kempen dibenarkan pada hari mengundi".

Pagi tadi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang memuat naik poster di Instagram, yang menggesa pengundi memilih BN.

Dalam poster yang dimuat naik di Instagram Story, ia memaparkan imej animasi Khairy agar memilih BN demi "kestabilan dan kemakmuran".

Khairy, yang merupakan ahli parlimen Rembau, adalah antara ahli politik yang popular di media sosial dan akaun Instagramnya memiliki kira-kira 1.1 juta pengikut.

Begitu juga dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga berkempen untuk BN di media sosial.

Zahid memuat naik video di halaman Facebooknya yang memaparkan sejumlah penduduk Melaka berkenaan mengapa mereka menyokong BN.

Video berdurasi lebih lima minit itu dimuat naik beberapa jam tadi dan bertajuk "Kestabilan dan Kemakmuran" - slogan BN untuk PRN kali ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming turut berkongsi beberapa poster menggesa pengundi Melaka memilih PH.

Pemimpin DAP itu memuat naik empat keping gambar di Twitter kira-kira pada pukul 1.10 tengah hari tadi.

Antaranya gambar calon ketua menteri PH Adly Zahari kata-kata: "Balik undi! Adly jadi Ketua Menteri."

"Undi PH sekarang untuk selamatkan negara dan masa depan anak kita. Jangan sesekali benarkan fanatik, katak politik & pencuri menentukan nasib anda," katanya dalam ciapan itu.

Begitu juga dengan Anggota Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) Bersatu Zuraida Kamaruddin yang dilihat berkunjung ke sebuah kedai kopi di Kampung Machap Baru, Melaka hari ini.

Menteri itu dilihat bertegur sapa dengan para pelanggan bersama-sama calon PN bagi kerusi DUN Machap Jaya, Tai Siong Jiul.

Calon PH dari PKR, Law Bing Haw telah membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

Dalam laporan yang dilihat Malaysiakini, dia berkata Zuraida dan Tai jelas melanggar peraturan SPR yang menyatakan tiada kempen dibenarkan di hari mengundi.

Pengundi di Melaka bakal memilih kerajaan baru negeri itu hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS