Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lebih 95 peratus populasi dewasa negara lengkap divaksin

Sebanyak 95.6 peratus atau 22,379,626 populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 berdasarkan data setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 97.8 peratus atau 22,906,258 individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu 87.4 peratus atau 2,751,092 individu bagi populasi berumur 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 82.1 peratus atau 2,584,612 individu remaja lengkap divaksinasi.

KKM juga menyatakan 105,103 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 16,848 suntikan dos lengkap, 6,549 menerima dos pertama dan 81,706 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,842,386.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,407,762.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS