Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
45 kematian, jumlah korban keseluruhan hampir cecah 30,000
Diterbitkan:  Nov 20, 2021 9:11 AM
Dikemaskini: 1:11 AM

Repositori data Github Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 45 kematian Covid-19 semalam (19 Nov), menjadikan jumlah kumulatif kematian 29,937.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 909 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 15.6 peratus atau 7 pesakit meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Sabah mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 15, membentuk 33.3 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Kes kematian selebihnya di Selangor (7), Kedah (5), Kelantan (4), Sarawak (4), Pulau Pinang (3), Negeri Sembilan (2), Pahang (2), Melaka(1), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Perak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 42 daripada 45 kematian yang dilaporkan atau 93.3 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lepas.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 60 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari sebanyak 52, menunjukkan pola menurun.

Sehingga kini, 1,122 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 2,704 kematian Covid-19 dilaporkan pada Oktober, 9,680 pada September, 7,642 pada Ogos dan 3,858 pada Julai.

Setakat semalam, terdapat 68,637 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 6.8 peratus daripada 64,277 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 17.5 peratus daripada 83,223.

Jangkitan berkaitan kluster

Kemas kini selepas tengah malam Kementerian Kesihatan juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 6,355 kes baru semalam, sebanyak 168 daripadanya boleh dikesan kepada kluster Covid-19 yang berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 103 (61.3 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 40 (23.8 peratus) adalah dari institusi pendidikan.

Lapan belas lagi (10.7 peratus) adalah daripada kluster yang dikaitkan dengan penularan komuniti.

Baki kes dikesan kepada kluster adalah dari kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (7 - 4.2 peratus).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS