Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
55 kematian dilaporkan, jumlah korban 29,892
Diterbitkan:  Nov 19, 2021 8:36 AM
Dikemaskini: 12:36 AM

Repositori data Github Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 55 kematian akibat Covid-19 semalam (18 Nov), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 29,892.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 10, bersamaan 18.2 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Kes kematian selebihnya dilapor Terengganu (8), Kedah (7), Kelantan (6), Selangor (6), Johor (5), Perak (4), Melaka (2), Negeri Sembilan (2), Kuala Lumpur (2), Pahang (1), Perlis (1) dan Sabah (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Menurut laman CovidNow KKM, Terengganu mencatatkan kes kematian Covid-19 tertinggi bagi tempoh dua minggu terakhir (42 kes dalam sejuta), disusuli dengan Sarawak (36 kes dalam sejuta) dan Perak (25 kes dalam sejuta).

Sebanyak 49 daripada 55 kematian yang dilaporkan, atau 89.1 peratus, berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 61 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari terakhir, berbanding purata tujuh hari sebanyak 51, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 1,077 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 2,704 kematian Covid-19 dilaporkan pada Oktober, 9,680 pada September, 7,642 pada Ogos dan 3,858 pada Julai.

Setakat semalam, terdapat 67,358 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 5.5 peratus daripada 63,827 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 22.7 peratus daripada 87,184.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS