Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6,380 kes baru Covid-19, peningkatan di Labuan
Diterbitkan:  Nov 18, 2021 2:40 PM
Dikemaskini: 6:42 AM

COVID-19 | Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,380 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,569,533.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara telah meningkat sebanyak lima peratus dalam tujuh hari lepas berbanding tujuh hari sebelumnya.

Negeri yang menunjukkan peningkatan yang signifikan termasuk Kuala Lumpur (+47.2 peratus), Negeri Sembilan (+23.8 peratus), Kedah (+15.6 peratus), Perak (+11.9 peratus), Johor (+11.9 peratus) dan Selangor (+11.5 peratus).

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 17) di mana 6,288 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,615)

Kelantan (804)

Sabah (599)

Johor (538)

Kedah (425)

Kuala Lumpur (403)

Pahang (377)

Sarawak (300)

Terengganu (299)

Negeri Sembilan (244)

Perak (243)

Pulau Pinang (221)

Melaka (137)

Putrajaya (28)

Labuan (28)

Perlis (27)

Labuan yang sebelum ini menjadi contoh kejayaan vaksinasi bagi mengekang jangktan baru, mencatatkan kes baru tertinggi sejak 25 Julai lalu.

Nilai kebolehjangkitan di sana pada masa ini adalah 1.29, iaitu tertinggi di Malaysia.

Nilai lebih 1.00 menandakan penularan yang meningkat.

 [Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS