Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat kes pelajar tingkatan 5 cuba bunuh diri selepas peperiksaan
Diterbitkan:  Nov 18, 2021 12:33 PM
Dikemaskini: 4:33 AM

Polis menyiasat kes seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah di Kulai, Johor yang cedera selepas dipercayai cuba membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam kira 1.26 tengah hari selepas pelajar 17 tahun itu selesai menduduki peperiksaan, lapor Bernama.

Katanya, kejadian menyebabkan remaja itu mengalami pendarahan di kepala dan muka, patah kedua-dua tangan serta mengalami pendarahan dalaman.

“Pasukan penyiasat bersama sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai bergegas ke sekolah itu sejurus menerima panggilan telefon daripada seorang guru,” katanya.

Tok berkata pelajar terbabit dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.


Sekiranya anda berasa tertekan, mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri atau mengenali seseorang yang sedemikian, anda boleh menghubungi pihak di bawah untuk mendapatkan khidmat bantuan dan sokongan:

  • Pusat Kaunseling Agape Malaysia di talian utama: 03-77855955 atau 7781 0800

  • The Befrienders di laman sesawang ini atau talian: 03-79568144 atau 03-79568145

  • Life Line Association Malaysia: 03-42657995

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS