Paling Popular
Terkini

Presiden Joe Biden memberitahu wartawan bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak akan mengubah dasarnya terhadap Taiwan dan tidak menggalakkan kemerdekaan.

"Kami tidak akan mengubah dasar kami," kata Biden pada Selasa seperti yang dipetik daripada sumber White House. 

"Taiwan perlu membuat keputusan mereka, bukan kami - dan kami tidak menggalakkan kemerdekaan. Kami menggalakkan mereka melakukan seperti yang termaktub dalam Akta Taiwan."

Biden sebelum ini berkata AS menyokong Akta Taiwan dan mereka adalah "bebas" dan perlu "membuat keputusan sendiri."

Pada Isnin, Biden mengadakan pertemuan maya bersama Presiden China Xi Jinping dan berkata AS menghormati dasar "Satu China" dan tidak mahu menimbulkan konflik dengan Beijing, lapor Sputnik memetik China Central Television.

Xi memberitahu Biden bahawa China bersedia untuk mengambil tindakan tegas jika kumpulan pemisah di Taiwan melampaui "batasannya," lapor Sputnik memetik Xinhua.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS