Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kutipan cukai cabutan khas 4D menurun
Diterbitkan:  Nov 16, 2021 5:12 PM
Dikemaskini: 9:12 AM

Kutipan cukai daripada "cabutan khas" yang dikendalikan oleh industri nombor ramalan telah menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook, jumlah cukai yang dikutip daripada "cabutan khas" adalah seperti berikut:

  • 2019: RM113.29 juta
  • 2020: RM72.53 juta
  • 2021: (sehingga Sept): RM36.88 juta

Kutipan untuk 2021 setakat September adalah kira-kira separuh daripada kutipan tahun sebelumnya.

Kementerian Kewangan berkata, hasil itu disalurkan ke Akaun Amanah Sumber Khas yang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan.

Mengulas jawapan Kementerian Kewangan, Loke menulis di Facebook bahawa tidak ada ketelusan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.

Industri nombor ramalan dibenarkan mengutip pertaruhan untuk tiga "cabutan biasa" seminggu.

"Cabutan khas" diperkenalkan pada 1999 di bawah pentadbiran BN untuk mengumpul dana untuk mangsa wabak virus Nipah.

Terdapat 22 "cabutan khas" pada 2018, yang dijalankan pada hari Selasa tertentu.

Kerajaan Pakatan Harapan mengurangkan kekerapan "cabutan khas" kepada 11 kali pada 2019 dan lapan pada 2020.

Di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin, jumlah "cabutan khas" dinaikkan semula kepada 22.

PAS telah menggesa Putrajaya supaya membatalkan "cabutan khas" berkenaan.

Kutipan cukai daripada pengendali nombor ramalan adalah besar.

Antara 2008 dan 2012, Putrajaya mengutip RM6.3 bilion, kebanyakannya daripada Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

Secaar keseluruhan, terdapat enam pengendali sedemikian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS