Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tahan penjawat awam lepaskan tembakan di bar
Diterbitkan:  Nov 16, 2021 3:43 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

Seorang penjawat awam ditahan polis awal pagi tadi selepas melepaskan tembakan di sebuah bar di Bandar Puchong Jaya mengakibatkan seorang pelanggan cedera.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Anbalagan berkata, suspek yang berusia 56 tahun telah ditahan polis untuk siasatan.

"Siasatan awal mendapati semalam pada pukul 8.45 malam, semasa berada di dalam premis, suspek telah melepaskan satu das tembakan dan mengenai salah seorang pelanggan yang berada di situ.

"Suspek merupakan lelaki bekerja sebagai penjawat awam dan mempunyai kebenaran membawa senjata api telah ditahan dan pistol yang digunakan semasa kejadian turut dirampas untuk siasatan lanjut," katanya.

Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan akibat kesan tembakan di bahagian belakang badan dan lengan kiri.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan dan kini dalam keadaan stabil.

"Punca kejadian masih dalam siasatan. Polis juga mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi semasa kejadian berlaku," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS