MCA menuduh calon DAP Kesidang, Allex Seah Shoo Chin bertindak secara seksisme selepas dia meminta parti komponen BN itu "jangan seperti wanita."
Seah ketika itu membangkitkan isu pekerja kempen MCA yang sengaja memasang bendera BN di atas bendera PH.
"Saya harap pihak lawan, sama ada dari pihak BN atau dari PN, gentleman sikit. Jangan seperti wanita, tak takut nak buat benda yang kita tak tahu.
"Kalau untuk perempuan, dia lebih gentleman dari awak," katanya dalam dalam rakaman video di tempat kejadian di Malim, Melaka.
Ketua Wanita MCA Heng Seah Kie mengulas kejadian itu, menuduh Seah memperkecilkan wanita dan menggesanya meminta maaf.
Dia juga menyeru agar pemimpin wanita DAP supaya menyatakan pendirian menentang kenyataan Seah.
“Mereka sepatutnya menuntut Seah meminta maaf kerana memperlekehkan wanita secara terbuka.
"Sebagai seorang wanita, adakah mereka bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Seah," soalnya.
Heng (gambar, atas) kemudian menyeru wanita di Kesidang menyokong calon BN Leong Hui Ying demi menghormati maruah wanita.
Patrick Ng Chin Kae daripada PN juga bertanding di kawasan itu.
Dalam maklum balas segera, Seah menuduh MCA mengambil komennya di luar konteks.
Dia mendakwa MCA hanya menyerlahkan bahagian pertama kata-katanya tetapi bukan separuh lagi.
"(MCA) mengeluarkan rakaman suara daripada video mereka. Kata-kata saya seterusnya dalam peraduan asal berkata "malah wanita lebih gentleman daripada anda," katanya kepada Malaysiakini.
Dalam mempertahankan kenyataannya, Seah ketika berkata secara umumnya diterima bahawa lelaki lebih berani daripada wanita.
“Justeru, apa yang saya maksudkan lelaki lebih berani daripada wanita tetapi sekarang, wanita pun lebih berani dan lebih gentleman daripada anda (MCA),” katanya.
"Kami mengingatkan mereka bahawa mereka tidak sama sekali seperti wanita, anda tahu? Kami sama sekali tidak memperkecilkan wanita," katanya.
Seah penyandang kerusi Kesidang bertanding untuk mewakili DUN itu bagi penggal keduanya.