Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5,143 kes baru baru Covid-19
Diterbitkan:  Nov 15, 2021 2:29 PM
Dikemaskini: 6:29 AM

COVID-19 | Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,143 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,551,452.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 7 hari, sejak November 8.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara telah meningkat sebanyak 9.5 peratus dalam tujuh hari lepas berbanding tujuh hari sebelumnya.

Negeri yang menunjukkan peningkatan yang signifikan termasuk Kuala Lumpur (+129.5 peratus), Melaka (+59.6 peratus), Kedah (+28.8 peratus), Negeri Sembilan (+20.3 peratus), Perak (+16.3 peratus), Johor (+15.1 peratus) dan Selangor (+12.3 peratus).

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 14) di mana 5,162 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,266)
Kelantan (499)
Sabah (442)
Johor (432)
Kedah (366)
Pulau Pinang (325)
Pahang (313)
Sarawak (299)
Kuala Lumpur (278)
Perak (258)
Melaka (216)
Terengganu (200)
Negeri Sembilan (174)
Putrajaya (66)
Labuan (17)
Perlis (11)

 


[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS