Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
45 kematian Covid-19 dilapor semalam
Diterbitkan:  Nov 15, 2021 8:26 AM
Dikemaskini: 12:26 AM

Repositori data Github Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 45 kematian Covid-19 semalam (14 Nov), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 29,676.

Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam, 26.7 peratus atau 12 meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur, dengan 901 kematian bagi setiap satu juta penduduk.

Kedah mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu lapan, atau 17.8 peratus daripada kematian baharu dilaporkan.

Kes kematian selebihnya dicatat di Pulau Pinang (7), Selangor (7), Perak (4), Sarawak (4), Kelantan (3), Sabah (3), Terengganu (3), Melaka (2), Kuala Lumpur (2) , Johor (1) dan Negeri Sembilan (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 43 daripada 45 kematian yang dilaporkan atau 95.6 peratus berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu, tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 64 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari terakhir, berbanding purata tujuh hari sebanyak 55, yang menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 861 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sehingga semalam, terdapat 65,417 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 1.2 peratus daripada 64,623 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 33.8 peratus daripada 98,773.

Kemas kini selepas tengah malam Kementerian Kesihatan juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 5,162 kes baharu semalam, sebanyak 106 daripadanya dapat dikesan kepada kluster Covid-19 yang masih berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 70 (66 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 28 (26.4 peratus) adalah daripada kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua.

Lima lagi (4.7 peratus) adalah daripada kluster yang dikaitkan dengan institusi pendidikan.

Baki kes dikesan kepada kluster berkaitan penularan komuniti (tiga - 2.8 peratus).

Statistik kematian kini dikeluarkan selepas tengah malam, bersama dengan data lain yang lebih terperinci. Malaysiakini melaporkannya pada waktu pagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS