Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKR setuju tangguh PRN S'wak jika kesihatan rakyat membimbangkan
Diterbitkan:  Nov 13, 2021 4:11 PM
Dikemaskini: 8:13 AM

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ditangguhkan, sekiranya keadaan kesihatan dan keselamatan rakyat membimbangkan susulan penularan Covid-19.

“(Penangguhan PRN Sarawak) perlu ada perbincangan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Kalau kesihatan membimbangkan, saya bersetuju. Jadi kita nak lihat data dan sainsnya,” katanya pada sidang media Townhall Undi 18 Wacana Pemacuan Undi 18 Negeri Selangor, di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan pemberita berhubung tindakan PKR Sarawak semalam, yang dikatakan telah menghantar rayuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan PRN negeri itu.

Semalam, sebuah media melaporkan PKR Sarawak telah menghantar rayuan kepada SPR untuk menangguhkan PRN negeri itu ke tahun hadapan, susulan peningkatan kes positif baru dan kematian akibat penularan Covid-19 di dalam negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS