Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 41 kematian baru, jumlah korban 29,576
Diterbitkan:  Nov 13, 2021 7:58 AM
Dikemaskini: 11:58 PM

Kementerian Kesihatan melalui laman web Github melaporkan 41 kematian Covid-19 semalam (12 Nov), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 29,576.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 891 kematian bagi setiap satu juta penduduk.

Daripada jumlah kematian yang dilaporkan semalam, 19.5 peratus atau lapan orang meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Sabah mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 10 orang atau 24.4 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Ini diikuti Selangor yang mencatatkan sembilan kematian, Sarawak (6), Penang (5), Kelantan (3), Perak (3), Negeri Sembilan (2), Johor (1), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1 ).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Melaka, Pahang, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 36 daripada 41 kematian yang dilaporkan atau 87.8 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lepas.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 66 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 53 kematian dalam tujuh hari lalu, yang menunjukkan penurunan.

Setakat ini, 761 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sehingga semalam, terdapat 64,277 kes aktif Covid-19 direkodkan. Ini adalah pengurangan sebanyak 3.0 peratus daripada 66,240 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 39.4 peratus daripada 106,047 kes.

Jangkitan berkaitan kluster

Daripada 6,517 kes baru semalam, sebanyak 240 daripadanya dikesan kepada kluster Covid-19 sedia ada.

Daripada kes berkaitan kluster, 132 (55 peratus) adalah kluster tempat kerja manakala 69 kluster (28.7 peratus) adalah dari institusi pendidikan.

Sebanyak 26 kluster lagi (10.8 peratus) adalah daripada kluster komuniti.

Kes selebihnya dikesan daripada kluster yang berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (13 - 5.4 peratus).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS