Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Naib ketua wanita Umno dilantik pengerusi UDA
Diterbitkan:  Nov 12, 2021 12:50 PM
Dikemaskini: 5:07 AM

Uda Holdings Berhad (UDA) mengumumkan pelantikan Naib Ketua Wanita Umno Norliza Abdul Rahim sebagai pengerusi UDA berkuat kuasa 8 November.

Beliau dilantik menjadi pengerusi baharu menggantikan Jalaluddin Alias yang menggalas jawatan timbalan menteri wilayah persekutuan pada Ogos. 

“Saya akan bersama-sama barisan pimpinan UDA untuk menyambung legasi kecemerlangan UDA dan kekal utuh sebagai peneraju pembangunan bandar dalam masa yang sama terus memperkasa keluarga usahawan,” katanya.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana “mengiktiraf wanita” dan menteri kewangan serta menteri pembangunan usahawan dan koperasi atas kepercayaan diberikan.

Norliza memiliki ijazah sarjana pentadbiran perniagaan (perakaunan) dan ijazah sarjana muda perancangan kewangan lanjutan dan ijazah sarjana muda perdagangan dan pengurusan (perakaunan).

Dia mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pembangunan hartanah, pengurusan harta dan dasar perumahan awam merangkumi sektor kerajaan serta swasta.

UDA yang dulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS