Paling Popular
Terkini

PARLIMEN l Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan positif Covid-19 dan perkara itu disahkan Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi memberitahu Dewan Rakyat hari ini ketika dia mewakiliahi parlimen PAS itu pada sesi pertanyan lisan bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai harimau Malaya.

"Saya mewakili menteri (Takiyuddin) oleh kerana menteri masih terkena penyakit Covid, saya dimaklumkan bahawa saya ambil alih tugasan untuk menjawab perkara yang amat penting ini pada pagi ini," katanya di Dewan Rakyat.

Pada sesi pertanyaan lisan itu, Che Alias bertanya mengenai usaha kementerian memastikan harimau Malaya yang menjadi spesies ikonik negara tidak akan pupus.

Dilaporkan pada pertengahan September lalu Takiyuddin menjalani kuarantin kerana kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS