Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Zuraida mahu lebih ramai calon wanita di kerusi boleh menang
Diterbitkan:  Nov 10, 2021 11:31 AM
Dikemaskini: 4:15 AM

PRN MELAKA l Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menggesa parti-parti politik supaya meletakkan lebih ramai calon wanita di kerusi yang boleh dimenangi.

Ini berikutan sebahagian besar calon wanita pada pilihan raya Melaka diletakkan di kerusi-kerusi yang menurut Zuraida sebagai sukar.

Bercakap atas kapasitinya sebagai presiden Majlis Pemimpin Politik Wanita Malaysia (Comwel), Zuraida berkata terdapat 15 calon wanita bertanding bagi kerusi DUN Melaka pada pilihan raya kali ini, berbanding hanya lima pada 2018.

Tetapi, katanya untuk mencapai 30 peratus perwakilan wanita di DUN, lapan daripada calon wanita perlu menang.

Mempunyai 30 peratus perwakilan wanita dalam DUN dan Parlimen telah sekian lama menjadi matlamat para aktivis untuk memperkasakan wanita.

Namun, Zuraida membayangkan bahawa matlamat itu mungkin sukar dicapai kerana ramai calon wanita diletakkan di kerusi yang "sukar" dipegang oleh penyandang lelaki yang sebelum ini menang dengan majoriti besar.

Dia memetik contoh di Kesidang dan Kota Laksamana, yang menyaksikan calon wanita MCA dan Gerakan masing-masing berdepan dengan penyandang lelaki dari DAP yang sebelum ini menang dengan majoriti lima angka pada 2018.

Katanya, pengecualian adalah di Bandar Hilir, dengan DAP meletakkan calon wanita baru untuk mempertahankan kerusi selamat itu.

"Comwel berharap pada masa hadapan, calon wanita akan diberikan kerusi boleh menang," kata Zuraida, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam satu kenyataan hari ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS