Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah Rayuan putuskan Sri Ram kekal sebagai pendakwa kes 1MDB

Bekas perdana menteri Najib Razak sekali lagi gagal untuk menyingkirkan Gopal Sri Sram daripada menjadi sebahagian pasukan pendakwaan dalam kes berkaitan 1MDB.

Panel hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Yaacob Md Sam hari ini sebulat suara menolak permohonan Najib.

Panel hakim turut dianggotai Lee Heng Cheong dan Che Mohd Ruzima Ghazali.

Hakim memutuskan Sri Ram adalah individu yang sesuai dan wajar untuk dilantik sebagai timbalan pendakwa raya kanan, mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Ogos lalu, yang menolak permohonan semakan kehakiman oleh Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa raya dalam perbicaraan berkenaan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS