Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Takiyuddin kekal sebagai setiausaha agung PAS
Diterbitkan:  Nov 7, 2021 4:48 PM
Dikemaskini: 8:48 AM

PAS mengumumkan parti itu mengekalkan jawatan tiga pemimpin mereka bagi jawatan lantikan membabitkan posisi setiausaha agung, bendahari dan ketua pengarah pilihan raya.

Presidennya Abdul Hadi Awang berkata, ia berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4), dan dengan persetujuan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat.

Menurutnya jawatan setiausaha agung PAS terus disandang Takiyuddin Hassan, manakala jawatan bendahari mengekalkan Iskandar Abdul Samad.

Selain itu katanya, bagi jawatan ketua pengarah pilihan raya pula terus diamanahkan kepada Muhammad Sanusi Md Nor.

"Pelantikan jawatan-jawatan lain bagi sesi 2021 - 2023 akan disempurnakan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat seterusnya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu pemilihan jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2021-2023 dibuat sempena Muktamar kali ke-67 yang diadakan di Kuala Terengganu.

Habis


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS