Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 4,701 kes baru, jangkitan keseluruhan cecah 2.5 juta
Diterbitkan:  Nov 6, 2021 2:38 PM
Dikemaskini: 6:38 AM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,701 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,501,966.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 6.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Terengganu (+29.8 peratus), Negeri Sembilan (+20.5 peratus) dan Pahang (+11.3 peratus).

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 5) di mana 4,922 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,075)
  • Sabah (554)
  • Sarawak (496)
  • Johor (405)
  • Kelantan (398)
  • Kedah (297)
  • Pahang (267)
  • Perak (258)
  • Terengganu (238)
  • Pulau Pinang (227)
  • Negeri Sembilan (227)
  • Kuala Lumpur (201)
  • Melaka (201)
  • Putrajaya (37)
  • Perlis (22)
  • Labuan (19)

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS