Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN ikat calon dengan aku janji untuk elak lompat parti

PRN MELAKA | Pengarah pilihan raya BN, Mohamad Hasan berkata kesemua 28 calon gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka perlu menandatangani "dua hingga tiga" kontrak perjanjian.

"Kalau mengingkari janji aku janji yang dia sign dengan kita, kita akan bawa dia ke mahkamah. Sebab ini aku janji bukan aku janji atas dasar politik, tapi aku janji kontrak - contractual obligation.

"Ada dia punya ceiling (hukuman) tapi terpulang kepada mahkamah

"Ceiling amat tinggi, orang kalau nak lompat parti selepas tandatangan itu kena fikir 2,3 kalilah supaya mereka tidak mendatangkan masalah kepada parti selepas menang mewakili parti tetapi mengkhianati parti,” katanya pada sidang media majlis pengumuman calon-calon BN pada PRN Melaka hari ini.

'Kestabilan demi Kemakmuran'

Mohamad turut mengumumkan bahawa BN akan berkempen dengan tema Kestabilan Demi Kemakmuran pada PRN berkenaan.

"Maka untuk BN memastikan selaras dengan tema kita Kestabilan Demi Kemakmuran, calon-calon yang mewakili BN akan menandatangani perjanjian ini. 

"Saya berharap komitmen ini akan memberikan keyakinan kepada rakyat untuk memilih sebuah parti yang benar-benar komited untuk memastikan kestabilan boleh dicapai demi kemakmuran Melaka dan kesejahteraan Malaysia," katanya.

Penamaan calon PRN Melaka ditetapkan pada hari Isnin ini (8 Nov), manakala hari mengundi dijadualkan pada 20 Nov.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS