Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah London benarkan M'sia cabar penyelesaian 1MDB-IPIC
Diterbitkan:  Nov 5, 2021 2:01 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

Mahkamah di London, United Kingdom membenarkan kerajaan Malaysia untuk meneruskan cabarannya terhadap penyelesaian yang dicapai sebelum ini dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) berhubung 1MDB.

Bloomberg semalam melaporkan hakim Andrew Baker membenarkan lanjutan masa untuk tuntutan dibuat agar kes "luar biasa" itu dapat melalui perbicaraan penuh.

Dia memutuskan 1MDB boleh mencabar keputusan timbang tara yang dibuat London Court of International Arbitration (LCIA) pada 2017 melibatkan IPIC, walaupun ia difailkan 511 hari selepas tarikh akhir statutori.

"Pastinya ini adalah tempoh lanjutan yang luar biasa untuk diberikan, tetapi ini adalah kes yang di luar biasa," katanya ketika menyampaikan keputusan.

Dalam cabaran terhadap keputusan timbang tara itu, kerajaan Malaysia mendakwa penyelesaian yang dicapai tidak sah ketika ditanda tangan memandangkan IPIC dan Aabar Investments tahu berkenaan dakwaan penipuan (fraud) terhadap perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

Kes di mahkamah London itu adalah salah satu daripada sejumlah siasatan kawal selia dan perundangan melibatkan 1MDB di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat dan Malaysia.

Kedua-dua pihak bertembung di mahkamah London, dengan pemfailan mahkamah mendakwa IPIC dan Aabar berpakat dalam penipuan dalam 1MDB.

Jika perbicaraan ini berpihak kepada kerajaan Malaysia, ia akan dapat meneruskan tuntutan yang dibuat di mahkamah.

"Keputusan ini akhirnya akan membenarkan mahkamah komersial untuk meneliti sepenuhnya aspek penting dalam penipuan 1MDB sebagai sebahagian daripada proses telus dan terbuka," kata Richard Little, peguam daripada firma Eversheds Sutherland yang mewakili 1MDB dan menteri kewangan Malaysia, seperti dipetik Bloomberg.

Peguam IPIC dan Aabar Investments dilaporkan enggan mengulas berkenaan perkara itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS