Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki maut dipercayai dibunuh di Ipoh
Diterbitkan:  Nov 4, 2021 9:39 PM
Dikemaskini: 1:39 PM

Seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun maut, dipercayai dibunuh di sebuah lokasi di Taman Silibin di Ipoh hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh bahawa terdapat seorang lelaki yang dibawa oleh rakannya ke hospital itu telah meninggal dunia akibat kecederaan kira-kira 4.15 pagi tadi.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pihak hospital mendapati punca kematian mangsa adalah daripada luka tikaman pada bahagian dada," katanya dalam satu kenyataan di Ipoh malam ini.

Yahaya berkata pihaknya telah menahan tiga lelaki dan sedang mengesan seorang lelaki berusia 40 tahun yang beralamat di Jalan Calcutta, Buntong di sini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes ASP Norshaharah Marzuki di talian 017-4817800 atau Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2542222," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS