Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PN dikompaun RM20k, penganjur acara Najib kena RM4,000
Diterbitkan:  Nov 2, 2021 10:07 AM
Dikemaskini: 2:25 AM

Kementerian Kesihatan mengeluarkan kompaun terhadap penganjur acara melibatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dan bekas presiden Umno Najib Razak di Melaka.

“Kedua-dua kompaun ini dikeluarkan berikutan kegagalan pihak penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program tersebut,” kata Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan.

Najib mempertahankan kehadirannya di Melaka pada Sabtu hanya sebagai pelawat dan tidak melibatkan sebarang acara politik.

Muhyiddin juga berada di Melaka pada hari yang sama untuk melawat kedai diskaun dengan memakai baju berlogo PN.

Sebelum ini, PKR Melaka dikompaun RM10,000 kerana berceramah menggunakan pentas bergerak.

Ahli politik veteran pembangkang Lim Kit Siang menyelar tindakan itu kerana Najib dan Muhyiddin tidak dikenakan tindakan sebelum ini.

Sementara itu, berkaitan dakwaan pelanggaran standard operasi piawai (SOP) Covid-19 melibatkan Muhyiddin dan Najib pula, KKM berkata tiada kegiatan berbentuk perhimpunan berkaitan pilihan raya Melaka.

Katanya, ia lebih berbentuk walkabout (turun padang) oleh dua pemimpin tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS