Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kompaun RM10,000 pada PKR: Dua darjat, dakwa Kit Siang
Diterbitkan:  Nov 1, 2021 10:02 AM
Dikemaskini: 2:44 AM

Ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang mendakwa pihak berkuasa mengamalkan “dua darjat”selepas mengenakan kompaun RM10,000 kerana mengadakan “ceramah tanpa hadirin” di Melaka.

Dia membandingkan dengan acara melibatkan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan Muhyiddin Yassin dua hari lepas.

Semalam, PKR Melaka mengesahkan menerima kompaun RM10,000 kerana mengadakan acara berkaitan pilihan raya di Melaka. Parti itu mendakwa ceramah bergerak mereka “tanpa kehadiran orang ramai” bagi mengelak penularan Covid-19.

Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata ia adalah projek perintis untuk memenuhi protokol Covid-19 dan mereka telah memaklumkan kepada polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Larangan yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pada 24 Oktober adalah satu larangan yang tidak dipertimbangkan dengan baik dan tidak praktikal.

“Larangan ini perlu dibatalkan segera dan digantikan dengan SOP yang dibuat khusus untuk PRN Melaka -- kerana inilah saya telah menyeru supaya satu mesyuarat diadakan bersama dengan SPR, Kementerian Kesihatan, dan semua parti-parti politik yang berminat dan juga NGO yang berkenaan untuk membincangkan perkara ini," kata Lim.

Pada Sabtu, Najib mengadakan lawatan ke Melaka. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu bertegas bahawa dia hanyalah seorang pelawat dan tidak menjalankan aktiviti politik.

Muhyiddin juga berada di Melaka pada hari yang sama untuk melawat beberapa Gerai Prihatin Rakyat - gerai menjual barang keperluan asas dengan diskaun yang tinggi.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS