Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita maut ketika bantu penunggang motosikal kemalangan

Dua maut akibat dirempuh oleh sebuah kereta dalam kemalangan di Solaria Residences, Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Lepas di Pulau Pinang malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.20 malam itu dikatakan berlaku semasa Suhaila Zainol Abidin, 45, bersama seorang rakannya cuba membantu seorang penunggang motosikal Faizal Abu Bakar, 33, yang terjatuh selepas terbabas di jalan berkenaan.

Menurut sumber polis, sebuah kereta kemudiannya muncul secara tiba-tiba lalu merempuh Suhaila serta Faizal, mengakibatkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya rakan wanita Suhaila yang berusia lingkungan 30-an dan pemandu kereta Proton Wira iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun, mengalami kecederaan parah akibat kemalangan, dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS