Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
4,979 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Oct 31, 2021 3:17 PM
Dikemaskini: 12:42 PM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,979 kes baru Covid-19 dengan kes kumulatif kini berjumlah 2,471,642.

Jumlah kemasukan ke hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas menurun sebanyak 11.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan ke hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pahang (+46.4 peratus), Terengganu (+29.2 peratus), Kedah (+26.5 peratus), Melaka (+26.2 peratus) dan Kuala Lumpur (+23.0 peratus).

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan harinya melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Okt 30) di mana 5,854 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:


Selangor (1,401)
Sabah (650)
Sarawak (646)
Kelantan (450)
Johor (435)
Pahang (350)
Kedah (345)
Kuala Lumpur (309)
Pulau Pinang (270)
Terengganu (266)
Perak (231)
Melaka (223)
Negeri Sembilan (213)
Perlis (35)
Putrajaya (29)

 R-naught untuk negara setakat semalam ialah 0.96. R-naught kurang daripada 1.00 menunjukkan bahawa penularan Covid-19 semakin perlahan.

Kawasan dengan R-naught melebihi 1.00 ialah Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Kluster

Sehingga kini, 428 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk enam kluster baharu yang dilaporkan hari ini.

Kluster yang berterusan telah berkurang sebanyak 20.6 peratus daripada 539 kluster aktif seminggu lalu.

Enam kluster baharu hari ini terdiri daripada satu kluster institusi kementerian bukan pendidikan (16.7 peratus), satu kluster tempat kerja (16.7 peratus), dua kluster institusi pengajian tinggi (33.3 peratus) dan dua kluster komuniti (33.3 peratus).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS