Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
44 lagi kematian, jumlah korban 28,876
Diterbitkan:  Oct 31, 2021 8:59 AM
Dikemaskini: 12:59 AM

Kementerian Kesihatan menerusi laman web Github melaporkan 44 kematian akibat Covid-19 semalam (30 Okt), menjadikan jumlah kematian kumulatif kini adalah sebanyak 28,876 orang.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 876 kematian bagi setiap 1 juta penduduk.

Daripada 44 kematian itu, 9.1 peratus atau 4 orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak 10 kes atau bersamaan 22.7 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Sepanjang dua minggu lalu, Sarawak mencatatkan 54 kematian bagi setiap sejuta orang - yang tertinggi di negara ini. Sebaliknya, Lembah Klang menyaksikan 9 kematian bagi setiap juta orang dalam tempoh yang sama.

Kes kematian selebihnya di Johor (5), Sabah (5), Kedah (4), Kelantan (4), Selangor (3), Kuala Lumpur (3), Melaka (2), Perlis (2), Terengganu (2) , Negeri Sembilan (1), Pahang (1), Perak (1) dan Pulau Pinang (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 38 daripada 44 kematian yang dilaporkan atau 86.4 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 85 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 75 kes dalam tujuh hari lalu, yang menunjukkan penurunan.

Sehingga kini, 2,668 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 9,680 kematian Covid-19 dilaporkan pada September, 7,642 pada Ogos, 3,858 pada Julai dan 2,380 pada Jun.

Sehingga semalam, terdapat 69,153 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 10.5 peratus daripada 77,305 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 58 peratus daripada 164,537 kes.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian berserta jumlah kes baru Covid-19 pada sebelah petang.

Bagaimanapun, statistik kematian kini dikeluarkan selepas tengah malam bersama dengan data lain yang lebih terperinci. Malaysiakini melaporkannya pada sebelah pagi keesokannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS