Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jabatan kesihatan tunggu laporan penuh remaja mati sehari lepas divaksin
Diterbitkan:  Oct 30, 2021 10:49 PM
Dikemaskini: 2:52 PM

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak masih menunggu laporan lengkap daripada pakar forensik sebelum dapat menentukan punca kematian seorang remaja berusia 15 tahun, sehari selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19.

Pengarah Kesihatan Perak Dr Ding Lay Ming dilaporkan berkata, remaja lelaki berusia 15 tahun itu menerima suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) SMK Gunung Rapat pada 23 Oktober lalu, sebelum ditemui tidak sedarkan diri ekoran sesak nafas keesokan paginya.

"Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 10.40 pagi di sebuah hospital swasta ketika menerima rawatan kecemasan," kata Dr Ling seperti dipetik Harian Metro hari ini.

Dia berkata, bedah siasat yang dijalankan pada hari yang sama mendapati remaja itu mengalami penyempitan saluran paru-paru (spontaneous bronchospasm).

Semua sampel tisu dalam badan mangsa kemudian dihantar untuk pemeriksaan lajut pakar forensik patologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, katanya lagi.

Katanya, dimaklumkan tidak mempunyai alahan terhadap vaksin atau ubat dan tidak mengidap penyakit kronik.

"Remaja itu juga tidak memaklumkan mengalami sebarang masalah atau komplikasi selepas menerima suntikan dos pertama sebelumnya," katanya lagi seperti dipetik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS