Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5,854 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Oct 30, 2021 1:54 PM
Dikemaskini: 5:54 AM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,854 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,466,663.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 12.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pahang (+44.7 peratus), Kedah (+33.1 peratus) dan Terengganu (+26.2 peratus).

Sejak 9 Okt, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (29 Okt) di mana 6,060 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,328)
  • Sabah (589)
  • Sarawak (566)
  • Kelantan (522)
  • Kedah (470)
  • Johor (458)
  • Pahang (367)
  • Pulau Pinang (348)
  • Kuala Lumpur (299)
  • Melaka (264)
  • Perak (256)
  • Terengganu (251)
  • Negeri Sembilan (247)
  • Putrajaya (44)
  • Perlis (40)
  • Labuan (11)

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS