Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
63 lagi korban Covid-19 dilapor semalam
Diterbitkan:  Oct 30, 2021 8:09 AM
Dikemaskini: 12:09 AM

Kementerian Kesihatan melalui laman web Github melaporkan sejumlah 63 kematian akibat Covid-19 semalam (29 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul seramai 28,832 orang.

Daripada jumlah kematian dilaporkan semalam, 8 orang atau bersamaan 12.7 peratus meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima rawatan di hospital.

Sabah mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi sebanyak 13 orang, atau 20.6 peratus daripada jumlah kematian yang dilaporkan.

Ini diikuti Sarawak (11), Selangor (8), Johor (7), Perak (7), Kedah (3), Kelantan (3), Pahang (3), Pulau Pinang (3), Terengganu (3) dan Melaka (2).

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS