Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Macam minum wanita Melayu'- MP mohon maaf, kata kenyataan disalah erti
Diterbitkan:  Oct 29, 2021 9:37 PM
Dikemaskini: 1:37 PM

Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai memohon maaf berhubung ucapannya mengenai wiski jenama Timah di Dewan Rakyat semalam.

Pada masa sama, Rusnah dalam satu kenyataan ringkas di Facebook berkata, ucapannya itu telah disalahfahami.

"Saya meneliti respon dan maklum balas terhadap ucapan saya di Parlimen berhubung isu ‘Timah’ tempoh hari.

"Walaupun niat asal saya adalah untuk memastikan tidak timbul kekeliruan berkait label tersebut, ucapan saya telah disalah erti.

"Oleh itu, kepada pihak-pihak yang tersinggung akan ucapan tersebut, saya memohon maaf," katanya hari ini.

Semalam, Rusnah yang merupakan ahli parlimen PKR menyamakan minum wiski jenama Timah yang kini menjadi kontroversi seperti "minum wanita Melayu".

Katanya, jenama dan imej individu bernama Kapten Speedy yang digunakan "benar-benar mengelirukan" dan perlu diubah.

“Ini tidak bagus untuk wanita kerana akan dibayangkan Timah itu wanita Melayu - Kak Timah, Mak Timah, Makcik Timah. Apabila kita minum wiski itu, seolah-olah kita minum wanita Melayu,” katanya di Dewan Rakyat. katanya di Dewan Rakyat semasa mencelah dalam perbahasan pindaan Akta Perihal Dagangan.

Kenyataan itu mengundang perhatian ramai di media sosial yang rata-ratanya mengkritiknya.

Antaranya Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berseloroh dengan jenama makanan yang menggunakan nama manusia.

“Jadi, boleh ke saya makan coklat Daim? Boleh ke saya minum susu Dutch Lady?

“Atau adakah saya 'makan' Tun Daim Zainuddin atau 'minum' perempuan Belanda,” ciapnya di Twitter.

Ketika perkara ini mula menjadi kontroversi, syarikat pengeluar arak itu menjelaskan bahawa jenama Timah merujuk kepada bijih timah yang banyak terdapat dengan negara ini suatu ketika dahulu, manakala imej lelaki itu pula ialah Kapten Speedy, yang dikatakan sebagai individu yang memperkenalkan budaya minuman berkenaan pada era pentadbiran British.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS