Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penerima Pfizer akan terima vaksin sama untuk dos ketiga
Diterbitkan:  Oct 29, 2021 12:37 PM
Dikemaskini: 4:37 AM

Kementerian Kesihatan mencadangkan dos penggalak homolog (vaksin jenis sama) untuk pengguna Pfizer-BioNTech.

Langkah ini berbeza dengan penerima Sinovac yang akan menerima penggalak heterolog (vaksin berbeza).

Sebelum ini, diumumkan bahawa penerima Sinovac akan menerima penggalak Pfizer.

Sementara itu, bagi penerima AstraZeneca, kerajaan berkata keputusan akan dibuat tidak lama lagi.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ringkasan keputusan:

Penerima Pfizer
Dos 1 dan 2: Pfizer
Dos 3: Pfizer
Selang masa untuk dos 3: 6 bulan

Penerima Sinovac

Dos 1 dan 2: Sinovac
Dos 3: Pfizer
Selang masa untuk dos 3: 3 bulan

“Untuk beri jaminan pada semua orang berkaitan penggalak heterologous, saya penerima Sinovac. Sebelum hadir mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Dunia, saya ambil penggalak Pfizer,” kata Khairy di Twitter.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS