Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Faizal tak serius, mahu galakkan budaya rogol? - Pembangkang

Pemimpin pembangkang tampil mengecam Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu kerana mempersoalkan motif penerjun negara Pandelela Rinong yang didakwanya membawa “kisah lama” tentang bekas jurulatihnya.

Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi berkata bahawa Ahmad Faizal menyindir Pandelela susulan pendedahannya mengenai gangguan seksual dalam sistem sukan negara.

"Andai kata jika menteri dan timbalan menteri kita mendengar wanita Malaysia daripada menyalahkan mereka. Sekarang adalah masa untuk mendengar, bukan mempersoalkan mereka,” ciapnya di Twitter.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menyuarakan sentimen sama, dengan berkata: "Komen Ahmad Faizal adalah mengecewakan sebagai seorang menteri yang menjaga belia dan sukan.

"Daripada mempersoalkan ‘mengapa sekarang’, Ahmad Faizal sepatutnya bertanya ‘siapa lagi’ yang mengalami gangguan seksual, tetapi tidak bersuara kerana ketakutan atau sebarang faktor lain.

"Adakah dia tidak mengambil serius perkara itu?" soal Fahmi, ketika dihubungi oleh Malaysiakini.

Senator PKR Fadhlina Sidek berkata beliau ngeri dengan jawapan menteri itu.

"Penafiannya itu menggagalkan kementeriannya. Dengan mempersoalkan niat Pandelela dalam membawa isu itu, dia menggalakkan budaya rogol.

“Dia bersikap permisif dan gagal memahami situasi dan kesan budaya rogol yang berlaku dalam sukan.

"Dia sepatutnya memuji Pandelala kerana tidak takut dan berani bersuara. Ini di luar kesedaran, ini adalah perang menentang penyelewengan, budaya rogol dan tentang melindungi ahli sukan kita," katanya kepada Malaysiakini.

Pandelela berkata dia berkongsi pengalamannya mengenai gangguan seksual yang melibatkan bekas jurulatihnya untuk menawarkan sokongan dan menggalakkan mangsa gangguan seksual yang lain supaya berani tampil mendedahkan sebarang salak laku.

“Saya berkongsi pengalaman ‘tidak begitu bagus’ untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, dan sokongan kepada mangsa di luar sana, yang sentiasa dalam dilema, sama ada mahu bersuara atau berdiam diri.

"Paling penting, pemboleh dan sandarannya tidak seharusnya diwajarkan. Orang lain mungkin lupa, tetapi bukan mangsa,” katanya.

Khamis lalu, Pandelela berkongsi di media sosial bahawa dia mempunyai seorang jurulatih yang suka membuat lawak lucah, tetapi atlet tidak boleh berbuat apa-apa terhadapnya kerana dia mendapat sokongan ketua jurulatih.

Katanya apabila akhirnya dia bersuara, dirinya telah dibuli.

Penerjun negara itu jurulatih berkenaan melakukan jenayah rogol tujuh tahun kemudian.

Menurut timbalan Faizal, Ti Lian Ker Jumaat lalu, perkhidmatan jurulatih itu telah ditamatkan serta-merta, manakala kontrak ketua jurulatih tersebut tidak dilanjutkan.

Pada bulan Mei lalu, perenang Cindy Ong mendedahkan kepada Malaysiakini bahawa semasa remaja, dia berdepan serangan dan gangguan seksual selama bertahun-tahun, termasuk daripada jurulatih kebangsaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS