Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas IGP akan failkan semula permohonan batal saman Yeoh

Bekas ketua polis negara, Musa Hassan hari ini menarik balik permohonan untuk membatalkan saman fitnah oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Bagaimanapun, Musa akan memfailkan semula permohonan untuk membatalkan saman oleh bekas timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu.

Peguam Musa, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menjelaskan bahawa permohonan itu telah menjadi akademik selepas Yeoh menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan pada Isnin minggu lalu.

Sebelum ini pada 3 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman Yeoh atas isu teknikal, dengan kebebasan untuk memfailkannya semula.

Pasukan peguam bekas timbalan menteri itu memfailkan semula saman berkenaan di Mahkamah Tinggi pada hari yang sama. 

Namun, tujuh hari kemudian, pasukan peguam Yeoh turut memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan sebelumnya oleh hakim Mahkamah Tinggi Rozana Ali Yusoff.

Peguam Musa kemudian memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Yeoh, dengan dakwaan terdapat penyalahgunaan proses kerana memfailkan semula saman tersebut sambil merayu terhadap perintah mahkamah untuk memfailkan semula saman tersebut.

Menurut undang-undang, sebarang keputusan yang berjaya di Mahkamah Rayuan boleh membawa kepada pengembalian saman fitnah terdahulu.

"Permohonan membatalkan saman itu sebelumnya dikemukakan atas alasan penyalahgunaan proses, kerana (Yeoh) memfailkan semula saman fitnah itu dan pada masa yang sama juga mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap pembatalan saman tersebut (atas isu teknikal).

“Namun, mereka kemudian menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan (pada 18 Oktober), menyebabkan permohonan kami di bawah Perintah 18 (Peraturan Mahkamah 2012 yang berkaitan dengan pembatalan) di Mahkamah Tinggi menjadi akademik. Atas sebab itu, kami (hari ini) menarik balik permohonan Perintah 18.

"Namun, kami akan membuat permohonan baru bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 secepat mungkin," kata Khairul Azam kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS