Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
5,666 kes baru, jumlah kemasukan ke hospital menurun
Diterbitkan:  Oct 24, 2021 4:37 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 5,666 kes baru Covid-19 dengan kes terkumpul kini mencecah 2,431,716.

Daripada data terbaru, jumlah kemasukan ke hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas menurun sebanyak 11.9 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Terengganu (+13.2 peratus) dan Pulau Pinang (+12.1 peratus).

Sejak Okt 9, KKM hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan harinya melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Okt 23) di mana 5,828 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,039)
  • Sabah (592)
  • Sarawak (587)
  • Kelantan (544)
  • Johor (503)
  • Perak (411)
  • Terengganu (398)
  • Kedah (345)
  • Pulau Pinang (338)
  • Pahang (335)
  • Kuala Lumpur (252)
  • Melaka (223)
  • Negeri Sembilan (199)
  • Perlis (39)
  • Putrajaya (20)
  • Labuan (3)

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS