Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
69 lagi meninggal dunia, jumlah kematian kini 28,062
Diterbitkan:  Oct 20, 2021 8:25 AM
Dikemaskini: 12:25 AM

Kementerian Kesihatan melalui laman web Github melaporkan sejumlah 69 kematian akibat Covid-19 semalam (19 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah seramai 28,062 orang

Malaysia adalah negara dengan prestasi terburuk di Asia dalam jumlah kematian Covid-19 per kapita.

Daripada jumlah kematian yang dilaporkan semalam, 11 orang atau bersamaan 15.9 peratus meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima rawatan di hospital.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi sebanyak 16 orang, atau 23.2 peratus daripada jumlah kematian yang dilaporkan.

Ini diikuti Perak yang merekodkan sembilan kematian, Selangor (9), Johor (8), Pulau Pinang (6), Kelantan (5), Melaka (4), Sabah (4), Pahang (3), Perlis (3), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Kedah, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 63 daripada 69 kematian yang dilaporkan, atau 91.3 peratus, berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 154 kematian kes Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 77 kes dalam masa tujuh hari, sekali gus menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 1,854 kes kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 9,680 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan September, 7,642 pada bulan Ogos, 3,858 pada bulan Julai dan 2,380 pada bulan Jun.

Setakat semalam, terdapat 85,916 kes Covid-19 yang masih aktif. Ini adalah pengurangan 21.2 peratus daripada 108,997 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 59.2 peratus daripada 210,469 kes.

Jangkitan berkaitan kluster

Daripada 5,745 kes baru semalam, sejumlah 219 daripadanya dikesan daripada kluster Covid-19 yang ada sekarang, menurut Kementerian Kementerian lewat malam tadi.

Daripada kes berkaitan kluster, 148 (67.6 peratus) adalah kluster tempat kerja manakala 32 (14.6 peratus) adalah kluster komuniti.

Seramai 32 orang lagi (14.6 peratus) adalah dari kluster yang berkaitan dengan institusi pendidikan.

Kes-kes selebihnya dikesan daripada kluster yang berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (4 - 1.8 peratus) dan upacara keagamaan (3 - 1.4 peratus).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian bersama dengan jumlah kes Covid-19 baru pada sebelah petang.

Bagaimanapun statistik kematian kini dikeluarkan selepas tengah malam bersama dengan data lain yang lebih terperinci.

Malaysiakini melaporkannya pada sebelah pagi keesokannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS