Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PRN Melaka: DAP mahu SPR runding SOP dengan parti-parti politik
Diterbitkan:  Oct 19, 2021 3:49 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

DAP meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan rundingan dengan semua parti politik berhubung prosedur operasi standard (SOP) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bimbang sekiranya dibuat tanpa rundingan, garis panduan tersebut akan memihak kepada kerajaan.

"Sekiranya buat secara sendiri tanpa rundingan dengan parti-parti politik, kami bimbang ia dibuat untuk berpihak kepada satu pihak sahaja," katanya pada sidang media di Melaka hari ini.

Penamaan calon bagi PRN Melaka ditetapkan pada 8 November, manakala hari mengundi ditetapkan pada 20 November.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh sebelum ini berkata suruhanjaya itu akan mengeluarkan garis panduan yang lebih ketat berikutan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Lim berkata dia bimbang mengenai sikap tidak berpihak SPR selepas kesilapan dilakukan Abdul Ghani ketika mengadakan sidang media semalam.

Pengerusi SPR itu pada mulanya tersilap menyatakan tarikh hari mengundi dan mengatakan pengundi perlu melengkapkan vaksinasi mereka sebelum menbetulkan kenyataan tersebut.

"Apa yang berlaku semalam menimbulkan banyak keraguan tentang kewibawaan dan kredibiliti SPR," kata Lim yang berharap suruhanjaya itu menjalankan tugasnya tanpa berat berat sebelah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS