Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
72 lagi kematian, angka korban kini 27,993
Diterbitkan:  Oct 19, 2021 8:32 AM
Dikemaskini: 12:32 AM

Kementerian Kesihatan melalui laman web Github melaporkan sejumlah 72 kematian Covid-19 semalam (18 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah seramai 27,993 orang.

Daripada jumlah itu, 12.5 peratus atau 9 meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan di hospital.

Johor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak 18 kes atau bersamaan 25.0 peratus daripada kematian yang baru dilaporkan.

Kes kematian selebihnya adalah di Sarawak (13), Kedah (9), Pulau Pinang (7), Sabah (5), Kelantan (4), Perak (3), Terengganu (3), Kuala Lumpur (3), Melaka (2) , Pahang (2), Selangor (2) dan Perlis (1).

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 64 daripada 72 kematian yang dilaporkan atau 88.9 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Baki kematian berlaku lebih daripada seminggu yang lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 164 kematian akibat Covid-19 dilaporkan berlaku setiap hari dalam 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari sebanyak 82 kematian, yang menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, sebanyak 1,785 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 9,680 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan September, 7,642 pada bulan Ogos, 3,858 pada bulan Julai dan 2,380 pada bulan Jun.

Setakat semalam, terdapat 89,173 kes Covid-19 yang masih aktif. Ini adalah pengurangan 20.6 peratus daripada 112,379 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 59.3 peratus daripada 219,360 kes.

Kementerian Kesihatan selepas tengah malam tadi mengeluarkan butiran terpeinci mengenai kes baru Covid-19 baru semalam.

Daripada 5,434 kes baru, sejumlah 356 daripadanya dikesan daripada kluster Covid-19 yang masih ada.

Daripada jumlah itu sebanyak 239 (67.1 peratus) adalah kluster tempat kerja manakala 45 (12.6 peratus) adalah kluster komuniti.

Seramai 34 orang lagi (9.6 peratus) adalah daripada kluster yang berkaitan dengan institusi pendidikan.

Kes-kes selebihnya dikesan pada kluster yang berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (24 - 6.7 peratus) dan upacara keagamaan (14 - 3.9 peratus).

Sebelum ini Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian bersama jumlah kes Covid-19 pada sebelah petang. Bagaimanapun kaedah itu telah diubah apabila statistik kematian dikeluarkan selepas tengah malam bersama data lain yang lebih terperinci. Malaysiakini melaporkannya pada pagi keesokannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS