Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
7,509 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Oct 16, 2021 2:15 PM
Dikemaskini: 12:21 PM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 7,509 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,384,542.

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan harinya melalui portal CovidNow.

Pecahan kes mengikut negeri bagi semalam (Okt 15) di mana 7,420 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,163)

Sarawak (1,009)

Kelantan (838)

Johor (787)

Sabah (720)

Pulau Pinang (539)

Kedah (428)

Terengganu (426)

Pahang (356)

Perak (302)

Melaka (289)

Kuala Lumpur (265)

Negeri Sembilan (199)

Perlis (54)

Putrajaya (39)

Labuan (6)

Kes Covid-19 yang baru semalam menunjukkan sedikit peningkatan di Negeri Sembilan dan Putrajaya di mana jangkitan baru adalah yang tertinggi dalam seminggu tetapi masih lebih baik berbanding tahap tertinggi sebelumnya.

Selangor dan Sarawak kekal menjadi negeri yang merekodkan kes jangkitan tertinggi.

Kluster

Setakat ini, terdapat 702 kluster aktif termasuk sembilan kluster baru yang dikenal pasti hari ini.

Jumlah kluster aktif berkurang sebanyak 16.9 peratus, berbanding 845 kluster seminggu lalu.

Sebanyak empat kluster baru dalam kategori tempat kerja, disusuli dengan dua kluster institusi pendidikan bukan di bawah KPM, dan masing-masing satu kluster institusi pendidikan KPM, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS