Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 89 lagi kematian, jumlah korban 27,770
Diterbitkan:  Oct 16, 2021 7:59 AM
Dikemaskini: 11:59 PM

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman web Github melaporkan sejumlah 89 kematian Covid-19 semalam (15 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah seramai 27,770 orang.

Daripada jumlah kematian baru yang dilaporkan semalam, 21.3 peratus atau 19 orang meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan di hospital.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 15 orang, atau 16.9 peratus daripada kematian yang baru dilaporkan.

Ini diikuti Kelantan (14), Perak (13), Pulau Pinang (9), Pahang (8), Selangor (7), Johor (6), Sabah (5), Kuala Lumpur (4), Kedah (3) , Perlis (3) dan Negeri Sembilan (2).

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Melaka, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 80 daripada 89 kematian yang dilaporkan atau 89.9 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kes kematian selebihnya berlaku lebih seminggu yang lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 192 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari terakhir berbanding purata 83 kes dalam tujuh hari, sekali gus menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 1,562 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 9,680 kematian dilaporkan pada bulan September, 7,642 pada bulan Ogos, 3,858 pada bulan Julai dan 2,380 pada bulan Jun.

Setakat semalam, terdapat 97,505 kes Covid-19 yang masih aktif. Ini adalah pengurangan 22.6 peratus daripada 125,999 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 56.8 peratus daripada 225,591 kes.

Ini adalah kali pertama kes aktif merosot di bawah 100,000 kes sejak 13 Julai.

Kementerian Kesihatan tengah malam tadi mengeluarkan data lebih terpeinci mengenai kes Covid-19 baru semalam.

Daripada 7,420 kes baru semalam, 416 kes dikesan daripada kluster Covid-19 yang masih ada.

Daripada kes berkaitan kluster, sebanyak 279 (67.1 peratus) adalah kluster tempat kerja manakala 86 (20.7 peratus) adalah kluster komuniti. 

Seramai 27 orang lagi (6.5 peratus) adalah kluster berkaitan dengan institusi pendidikan.

Kes-kes selebihnya dikesan daripada kluster yang berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (18 - 4.3 peratus) dan pusat tahanan (6 - 1.4 peratus).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS