Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan perkenal program rintis benarkan pengembara tidak dikuarantin
Diterbitkan:  Oct 15, 2021 9:34 PM
Dikemaskini: 1:34 PM

Kerajaan sedang mencuba program rintis protokol baru di mana pelancong antarabangsa yang lengkap vaksin tidak perlu dikuarantin jika mereka diuji negatif Covid-19.

Digelar "Test and Release" (T&R), program itu akan diperluas untuk pengembara perniagaan..

Buat masa ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengatakan program rintis itu hanya tersedia untuk pengembara yang terdiri dari pembesar negara, menteri, timbalan menteri, ketua menteri, Exco kerajaan negeri, ahli parlimen atau pegawai kerajaan.

Pengecualian kuarantin terhad kepada "lawatan rasmi" dengan "jadual waktu yang ketat dan terhad".

Ia juga terhad pada pengembara yang lengkap vaksinasi yang tiba dari negara "berisiko rendah".

Ismail bagaimanapun tidak memperincikan negara yang dimaksudkannya.

Untuk memohon T&R, Ismail mengatakan para pelancong harus mengajukan permohonan melalui Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan "dalam jangka waktu yang ditentukan beserta dokumen sokongan".

Mereka mesti mengambil ujian RT-PCR tiga hari sebelum berlepas ke Malaysia, dan juga mengambil ujian sekali lagi semasa ketibaan.

"Program perintis ini akan berkuat kuasa mulai 18 Oktober dan akan diperluas untuk pengembara perniagaan dalam waktu terdekat," kata Ismail.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS