Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kelonggaran memendekkan tempoh kuarantin bagi kontak rapat dan pengembara dari luar negara yang telah lengkap vaksin.
Mulai hari Isnin (18 Okt) dan seterusnya kontak rapat yang lengkap vaksin perlu menjalani kuarantin di rumah selama tujuh hari.
Kontak rapat yang telah menerima sebahagian vaksin atau tidak diberi vaksin perlu menjalani kuarantin rumah selama 10 hari.
Mulai 18 Oktober dan seterusnya juga, pengembara dari luar negara dengan vaksinasi lengkap perlu dikuarantin selama tujuh hari semasa ketibaan.
Ini dapat dilakukan di stesen kuarantin yang ditentukan atau di rumah jika didapati bersesuaian.
Ketibaan antarabangsa yang sebahagiannya diberi vaksin atau tidak divaksinasi perlu dikuarantin selama 10 hari di stesen karantina yang ditentukan.
Sementara itu, bagi pengembara dari luar negara yang tiada atau tidak lengkap vaksin perlu menjalani tempoh kuarantin 10 hari di stesen kuarantin.
[Berita penuh menyusul]