Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
7,420 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Oct 15, 2021 2:13 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 7,420 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,377,033.

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Okt 14) di mana 8,084 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,630)
Sarawak (1,061)
Kelantan (896)
Johor (804)
Sabah (691)
Pulau Pinang (587)
Terengganu (452)
Kedah (416)
Perak (409)
Kuala Lumpur (304)
Pahang (289)
Melaka (255)
Negeri Sembilan (184)
Perlis (82)
Putrajaya (24)
Labuan (0)

Setakat semalam, R-naught untuk Malaysia adalah 0.88, yang merupakan angka sama selama empat hari berturut-turut.

R-naught kurang daripada 1.00 menunjukkan bahawa penularan Covid-19 semakin perlahan.

Negeri dengan angka R-naught lebih daripada 1.00 adalah Negeri Sembilan dan Putrajaya.

 


[Laporan penuh menyusul]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS