Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysia di kedudukan 54 indeks peraturan undang-undang global
Diterbitkan:  Oct 15, 2021 8:54 AM
Dikemaskini: 12:54 AM

Malaysia secara umum mencatatkan prestasi buruk dalam indeks peraturan undang-undang menerusi penilaian Projek Keadilan Dunia (WJP) dengan mengutip skor 0.57, turun 1.4 peratus.

Ini meletakkan Malaysia di kedudukan ke-54 daripada 139 negara di seluruh dunia dalam kaji selidik berkenaan. Kedudukan Malaysia tidak berubah berbanding tahun sebelumnya.

Rangka kerja WJP bagi peraturan undang-undang ini merangkumi lapan faktor - had kuasa kerajaan, ketiadaan rasuah, kerajaan terbuka, hak asasi, perintah dan keselamatan, penguatkuasaan peraturan, keadilan sivil dan keadilan jenayah.

Malaysia berada di kedudukan terendah dalam kategori kerajaan terbuka pada kedudukan 104 di antara 139 negara seluruh dunia dan 12 daripada 15 negara serantau.

Bagi kategori keadilan sivil, kedudukan Malaysia meningkat kepada 34 daripada 139 negara.

Indeks tahunan yang berpangkalan di Washington ini menjalankan 138,000 tinjauan isi rumah dan 4,200 pengamal undang-undang serta tinjauan pakar untuk mengukur peraturan undang-undang di seluruh dunia.

Laporan tahunan ini adalah yang pertama dikeluarkan sejak pandemik Covid-19 diisytiharkan pada bulan Mac 2020.

Di peringkat negara serantau, Asia Timur dan Asia Pasifik yang mencatatkan prestasi tertinggi dalam indeks itu adalah New Zealand (ketujuh daripada 139 negara di seluruh dunia), diikuti oleh Australia dan Jepun.

Tiga negara dengan skor terendah di rantau ini adalah Filipina, Myanmar dan Kemboja (ke-138 daripada 139 negara di seluruh dunia).

Pada tahun lalu, 11 daripada 15 negara di Asia Timur dan Pasifik mencatatkan penurunan dalam indeks berkenaan. Daripada 11 negara tersebut, lima negara mencatatkan penurunan berbanding tahun sebelumnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS