Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 88 kematian, jumlah korban 27,681
Diterbitkan:  Oct 15, 2021 8:24 AM
Dikemaskini: 12:25 AM

Kementerian Kesihatan melalui laman web Github melaporkan sejumlah 88 kematian Covid-19 semalam (14 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul kini sebanyak 27,681.

Kematian tertinggi dilaporkan di Sarawak (19) diikuti Johor (15), Sabah (15), Perak (8), Selangor (7), Kelantan (6), Pulau Pinang (5), Kedah (4), Kuala Lumpur ( 4), Terengganu (2), Melaka (1), Pahang (1) dan Putrajaya (1).

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis dan Labuan.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan, CovidNow, sejak dua minggu lalu Perlis mencatatkan kematian tertinggi bagi satu juta orang diikuti oleh Pulau Pinang dan Sarawak.

Daripada jumlah kematian baru yang dilaporkan semalam, 22 orang meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 82 daripada 88 kematian yang dilaporkan atau 93.2 peratus berlaku dalam tujuh hari lalu.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 203 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari lalu sebanyak 81 kes yang menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 1,473 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Setakat semalam, sebanyak 101,587 kes Covid-19 yang masih aktif. Ini adalah pengurangan 21.3 peratus daripada 129,050 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 54.9 peratus daripada 225,278 kes.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian akibat Covid-19 bersama dengan jumlah kes Covid-19 baru pada waktu petang. Bagaimanapun kaedah ini telah diubah.

Statistik kematian akibat Covid-19 kini dikeluarkan selepas tengah malam bersama dengan data lain yang lebih terperinci. Malaysiakini melaporkannya pada sebelah pagi keesokannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS