Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno perlu calon 'MAP' untuk menang PRU15
Diterbitkan:  Oct 13, 2021 4:19 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

Umno perlu menampilkan calon yang memiliki "MAP" untuk kekal relevan dan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Setiausaha Veteran Umno, Mustapha Yaakub.

Menurutnya, "MAP" membawa maksud muda, agama dan pendidikan.

"Umno perlu calon-calon 'MAP' untuk kekal relevan dan menang PRU15 iaitu muda atau muka baru, agama atau berpendidikan agama dan pendidikan atau berkelayakan dan profesional.

"Bagaimanapun, Umno tidak wajar mengenepikan tokoh-tokoh lama yang masih mampu menyumbangkan tenaga dan fikiran serta mempunyai rekod kerja yang cemerlang kepada rakyat dan setia kepada parti.

"Kombinasi muka lama dan baru mesti dijadikan keutamaan di dalam pemilihan calon," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Katanya tiga kriteria berkenaan menepati selera pengundi yang terdiri daripada pengundi tradisi dan pengundi baru.

Jelas Mustapha, kriteria calon boleh menang perlu memenuhi selera pengundi bukannya kehendak pemimpin parti.

"Kriteria calon 'winnable candidates' misti menepati kehendak pengundi dan bukan hanya kehendak pemimpin bahagian, negeri dan pusat atau hanya ahli-ahli Umno.

"Pemimpin-pemimpin lama sewajarnya mengikut langkah Nazri Aziz yang telah mengisytiharkan tidak akan bertanding dalam PRU15 bagi memberi peluang kepada muka baharu sejajar dengan usaha meremajakan Umno," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS