Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Penyeludup lari tinggalkan cecair vape bernilai RM230,000
Diterbitkan:  Oct 13, 2021 4:19 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

Dikejutkan dengan kehadiran anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), sekumpulan lelaki disyaki penyeludup bertindak melarikan diri dan meninggalkan cecair vape bernilai RM230,000 di pangkalan haram Tebu di Rantau Panjang, Kelantan, awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PGA7, Azhari Nusi berkata, dalam kejadian sekitar jam empat pagi itu, pihaknya mendapati beberapa lelaki sedang memunggah beberapa buah kotak daripada pangkalan haram tersebut ke dalam sebuah bot berhampiran dalam keadaan mencurigakan.

"Pasukan kami yang ketika itu sedang menjalankan operasi bermotosikal menghampiri lokasi pemunggahan tersebut, namun kesemua lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki bot berhampiran menuju ke negara jiran, Thailand.

"Bagaimanapun, kesemua kotak-kotak yang dipercayai mengandungi barang seludup di tinggalkan di tebing sungai begitu sahaja.

"Setelah beberapa lama membuat pemerhatian di kawasan terbabit, kami mendapati tiada mana-mana individu datang menuntut barang tersebut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Azhari, hasil siasatan awal ke atas enam buah kotak yang ditinggalkan itu, pihaknya menjumpai 2,300 buah botol cecair nikotin vape pelbagai perisa yang dipercayai dikumpulkan di kawsan tebing sungai di Lubok Gong itu, sebelum diseludup ke negara jiran.

"Keseluruhan barang rampasan terbabit akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS